Friday 14 March 2014

Seoul City Splendour - Day 2 (22/09/2013) Part 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Annyeonghaseyo...

Jom sambung ceritera hari kedua di Seoul !

Dari Cheonggyecheon Stream, kami ke Hangang Park yang terletak di Yeouido. Kalau guna subway, turun di Yeouido atau Yeouinaru station.

Tak perlu pening kepala study peta subway yang complex tu. Serabut je nanti. Download je MetroidHD atau mana2 apps berkenaan Seoul subway dalam smartphone korang. InshaAllah tak sesat.


Hangang Park merupakan kawasan rekreasi yang popular di Seoul. Petang-petang macam ni, memang ramai yang keluar beriadah. Terletak bersebelahan dengan Han River, lokasinya sangat strategik untuk aktiviti bersama keluarga.

Agak ramai jugak orang petang tu. Ade yang bentang tikar, ade yang bawak khemah, ade yang bercengkerama di bawah pohon pokok, ade yang bawak anjiing bersiar2, & macam2 jenis manusia lagi.

Tapi keseluruhannya kawasan taman ni agak bersih dan semestinya, takde bau soju pengap macam dalam tren. Udara segar ditiup bayu dari Han River. Teringat pulak dekat Brisbane River.


Yeouido seperti Nami island, merupakan sebuah 'pulau' di dalam Han River. Berkeluasan 8.4 km persegi, ia merupakan kawasan pentadbiran dan perindustrian yang penting di Seoul dan menempatkan beberapa bangunan utama seperti National Assembly Building dan The 63 Building.

Selain tu, di Yeouido juga terletaknya beberapa 'headquarters' syarikat penyiaran dan hiburan gergasi di Korea seperti KBS, MBC dan LG Entertainment.

Macam Nami Island jugak, berbasikal merupakan antara aktiviti paling popular di Hangang Park.


Lambaian Daisy pelbagai warna

Ahjumma dan bunga daisy...mane lagi 'kyeopta' (cute)? Haha.

The 63 Building

So tujuan kami ke sini sebenarnya nak naik Han River Cruise malam nanti. Kami beli tiket pukul 6 petang. Harganya dalam KRW 15000 kalau tak silap.  Lepas beli tiket, kami ke The 63 Building.

Kena menapak sikit dalam 2 kilometer untuk sampai ke bangunan ni dari stesen subway tadi. Sepanjang jalan tu memang ramai orang ber'picnic', teutamanya bawah jambatan. 



The 63 Building atau Hanhwa 63 City, mula beroperasi pada July 1985, dibina sebagai mercu tanda Summer Olympic 1988 di Seoul. 63 merujuk kepada bilangan tingkat bangunan tersebut.

Bangunan setinggi 249 meter ini menempatkan ibu pejabat beberapa syarikat kewangan utama di Korea. Tingkat 60 menempatkan Art gallery tertinggi di dunia. Dekat tingkat 60 jugak ade Observatory Deck bagi yang berminat nak meninjau kawasan sekitar Seoul Metropolitan.

Cermin bangunan ni dibuat daripada material yang akan memancar sinaran keemasan bila dibias cahaya matahari semasa sunrise dan sunset...awesome tak ???


Seoul Olympic 1988

Ade beberapa attraction dalam bangunan yang kerap menjadi lokasi penggambaran gameshow Running Man dan beberapa drama Korea nih. Antaranya Sea World, Sky Art, IMAX theatre, Art hall, Haunted House dan lain2. Since masing2 malas nak naik atas, kami survey ape yang ade kat tingkat bawah je.

Lastly, kami beli combo 2 attractions (The Last Reef 3D & Wax Museum) dengan harga KRW 24,000/pax. First up, The Last Reef 3D !

The Last Reef 3D memaparkan tentang hidupan laut dan batu karang, dalam  bahasa Korea. Memandangkan hanya kami bertiga yang tak bermata sepet kat situ, setiap seorang diberi satu device dengan earphone untuk dengar dalam versi English.

Agak besar dewan tayangan ni, dan sangat comfy. Sejuk dan menyegarkan, especially bila badan dah melekit-lekit selepas berjalan seharian. Tak ramai pun orang tengok show mase tu. Kebanyakkannya parents yang bawak anak2 (sebab show ni memang untuk budak2 pun, haha). 


Masing2 memang kepenatan. Suara story-teller dan musik iringan ibarat sebuah lullaby yang sungguh mendayu-dayu dan mengasyikkan. Akhirnya tiga-tiga tertidur. Sedar2 je, show's over, huahuargh !

Rase segar sikit lepas tu.

Seterusnya, kami ke Wax Museum yang terletak di tangkat paling bawah menara. All in all, muzium ni lebih kurang sama dengan Wax Museum di Sydney, cuma ade tambahan tokoh-tokoh tempatan je. Layan gambar la pulak ye.

Mula beroperasi pada Julai 2009

The Great King Azuan...Eh silap,,, King Sejong !

Abraham Lincoln

Former President and First Lady

Mahatma Gandhi yang berwarna pink...

Botak Land...

Korang pun ade?

Beethoven? ke Mozart?



Selesai, kami cari port untuk bersolat. Pusing punya pusing, tak jumpa pulak tempat yang sesuai. Ade pulak sekumpulan manusia tengah belajar menari kat ground floor. Pasang muzik punya kuat macam dalam orkestra.

Last2 kami solat kat luar bangunan je. Ade satu port yang agak meyakinkan status kesuciannya. Angin pulak bertiup sepoi-sepoi bahasa gitu, memang masyuk. Alhamdullilah.


Crepuscular rays

Tepat pukul 6 petang, kami dibenarkan masuk ke dalam kapal. Berebut-rebut cop tempat dekat deck. Apa barang naik cruise tapi duduk dalam kapal je kan, hehe.

Lepas tu nyesal sebab sejuk, huahua. Kalau masuk dalam nanti takut orang lain amik tempat pulak. Bertahan jelah. Time ni bateri phone memang dah nyawa-nyawa ikan. Bateri kamera dah lame kong mase kat Deoksugung palace lagi. Dapat la snap sekeping dua gambar dengan kualiti ala kadar.



Seoul City Skyline

Tujuan asal kami naik cruise ni sebenarnye nak tengok Banpo Bridge Rainbow Fountain yang merupakan world's longest bridge fountain. Tunggu punya tunggu tak keluar pun fountain nye. Rupe2 nye salah cruise. Cruise yang kami naik ni pergi opposite direction, tak lalu Banpo bridge. Alahai, melepas sudah.

Ape2 pun, hari kedua ni memang sangat memenatkan. Banyak jugak tempat yang sempat kami cover. OK lah tu kan. Tak semua orang dapat peluang dan kesempatan macam ni kan ? Syukur alhamdulillah.

Dinner kami malam tu kat Moghul Restaurant, sebuah restoren masakan India di Itaewon. Biase2 je menu. Tak kesampaian lagi hasrat nak merase halal Korean Cuisine setakat ni. InsyaAllah esok akan diusahakan lagi.

Ok, jumpa lagi dalam entri berikutnya. Saya akhiri entri kali ni dengan gambar Banpo Bridge Rainbow Fountain dari website nexttriptourism.com (sambil gigit jari kempunan !)

Until then, Assalamualaikum.




Tuesday 4 March 2014

The Spices of India : Prelude

Assalamualaikum & Namaste !

Dah sebulan tak update blog. Macam dah ade spider web je kat siling blog ni, hihi ! Entri Seoul masih terbengkalai. Natijahnya, tak dapat nak proceed dengan Trans-Borneo trip, Semporna, Cameron Highland etc.

Anyway, saya baru je beberapa hari pulang dari India. Badan pun bau kari lagi. Sebab excited sangat nak share pengalaman di bumi kari ni, saya buat dulu entri prelude ni. Sementara masih fresh. InshaAllah, I'll try to catch up with the rest as soon as possible.

Kenapa India? Tak kotor ke sane? Berhabuk, orang berak kencing merata-rata. Ape ade kat India?

Haaaa,,, perkara2 diatas ni dah jadi macam sebahagian dari imej negara yang mempunyai kepadatan penduduk kedua tertinggi di dunia nih. Ade jugak kawan2 yang tanya soalan sebegitu mase mula2 plan nak ke India. Actually, India has a lot to offer, percaye tak?

Negara India berasal dari tamadun Indus yang wujud lebih kurang 2500 tahun sebelum masihi di lembah Indus. Berapa kurun punya sejarah tu? Lagi panjang kisahnya, lagi banyak 'kesan peninggalannya' kan? So misi kami kali ni nak menjejaki 'Ancient ruins' di beberapa bandar di India.

Mula merancang trip pada bulan Oktober tahun lepas. Travel mate kali ni Azuan & Shafik. Dah banyak kali travel dengan Azuan (NZ, Seoul, Trans-Borneo, Sandakan), tapi first time travel dengan Shafik. Cukup masin je korum kali ni. Ade feeling-feeling 3 Idiots jugak nih, hiks ! Azuan in charge accomodation, Shafik transportation dan saya itinerary. Perfecto !

Raju Rastogi, Farhan Qureshi & Ranchoddas Shyamaldas Chanchad


DESTINASI PILIHAN

India merupakan negara ketujuh terbesar di dunia dengan jumlah penduduk melebihi 1 billion orang. Ade berpuluh-puluh destinasi pelancongan di india. Untuk trip kali ni, kami cover 'Golden Triangle of India' - Delhi, Agra, Jaipur. 



Basically, 3 bandar ni antara yang paling banyak kesan tinggalan sejarah yang masih dipelihara. Dapat ke kami cover semua kubu-kubu lama dan monumen penting yang terdapat dalam 3 bandar ni? Most importantly, trip kali ni kami sampai ke salah satu dari 7 keajaiban baru dunia iaitu Taj Mahal.

Kira trip kali ni memang historical habis. Sejarah negara sendiri pun belum cukup difahami, nak explore sejarah negara orang lain, haha !

Agra Fort, Agra, Uttar Pradesh


KASHMIR

Yup ! Bukan setakat Golden Triangle je, trip kali ni, kami sempat cover Kashmir yang diberikan gelaran "Heaven On Earth" dan "Switzerland Of The East". Kalau dah macam tu sekali gelarannya, wajib la cover kan? Cantik sangat ke wilayah bergolak ni? Curious jugak nak tahu.

8 hari, 4 bandar, gila x? Tapi berpegang kepada falsafah Fir ( galakjalan ), alang-alang sampai cover semua, disumbat jugak Kashmir dalam itinerary yang dah sendat.

Ternyata trip ke Kashmir merupakan satu experience yang sangat sangat sangat awesome !

Dal Lake, Srinagar, Kashmir


MUSIM SEJUK VS MUSIM PANAS

Februari merupakan penghujung musim sejuk di India. Suhu persekitaran dalam range 15-19'c. Tapi di Kashmir masih lagi bersalji especially di kawasan pergunungan seperti Gulmarg.

Kami pilih Februari atas beberapa sebab. Firstly sebab suhu persekitaran lebih nyaman mase ni. Tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas. Sebolehnya kami nak elakkan travel ke India masa musim panas. Bimbang dehydration dan lebih teruk Heat Stroke.

India memang berdebu. Cuma masalahnye bukan suci dalam debu. Debu kotoran ! Which was another solid reason to travel during winter season. Masa ni kurang sikit lah debu-debu cinta nya.

Itupun lobang hidung hari-hari block dengan taik idung. Punyalah bekerja kerasnye bulu-bulu idung nak memerangkap semua habuk dan debu yang berterbangan. Tak boleh bayangkan kalau musim panas macam mane debunya... *pengsan !

Lastly, sebab kami nak main ski !!! hehe. Kashmir merupakan tempat paling murah kalau nak merasa main ski. Way cheaper compared to Europe & any other places in the world. Lonely Planet menyenaraikan Gulmarg, Kashmir sebagai salah satu dari 10 tempat paling pelik untuk sukan musim sejuk. Lagi berkobar-kobar nak main ski kat Gulmarg ni. Buat something yang orang lain tak buat !

Jantar Mantar, Jaipur, Rajasthan


PAKEJ VS BACKPACKING

Yang ni pun jadik isu jugak mase tengah planning trip. So far tak pernah travel ikut pakej tapi untuk India trip, consider jugak nak ikut pakej, sebab takut kena tipu. Serius scamming kat India memang dahsyat. Google je, macam2 article kluar.

Ade jugak bace blog traveler lain yang dah ke India, ramai gak yang kena kencing. Macam2 jenis komplot. So untuk mengelakkan scammers yang desperate ni, kami survey jugak 2-3 pakej dari pelbagai agensi. Rata-rata sebut harga yang diberikan agak mencerut usus kecil. Lastly semua setuju nak backpacking je. Tawakal saje lah.

Taj Mahal, Agra, Uttar Pradesh


ACCOMODATION

We all agreed to pay a bit more untuk stay kat hotel 4 bintang. Kurang bintang dari tu kami tak berani. Setidaknya boleh makan dengan yakin dekat hotel kalau tak jumpa tempat2 makan yang meyakinkan kat luar hotel.

Ini jugak first experience kami stay dalam houseboat di Nageen Lake, Srinagar. Another awesome experience in Kashmir. Houseboat ni dibina oleh British semasa era penjajahan di awal tahun 1900. Terdapat berpuluh-buluh houseboat di Dal & Nageen Lake, Srinagar yang di 'conserve' untuk tujuan pelancongan.

Houseboat in Nageen Lake, Srinagar, Kashmir


MODE OF TRANSPORTATION

Kalau dah sampai ke India, haruslah naik keretapi sambil menari cala chaiyya chaiyya atas bumbung keretapi macam Shah Rukh Khan dengan Manisha Koirala kan? haha.

Sistem keretapi di India sangat extensive & effective. Jarak dari satu bandar ke satu bandar yang lain melebihi 200 km. Memandangkan kami kesuntukkan masa, train was the perfect choice to travel between the cities. Cheap, time-saving and comfortable.

Agra Cantonment Railway Station, Agra, Uttar Pradesh


KEBERSIHAN & KESIHATAN

Perkara yang paling menakutkan setiap kali mengembara adalah Traveler's Diarrhea terutamanya bila travel ke tempat-tempat yang tahap kebersihannya membimbangkan, macam India ni. "Cherry berry" sampai boleh dapat severe dehydration dan berkemungkinan perlu mendapatkan rawatan kecemasan.

Sebab tu kami sanggup bayar lebih untuk cari accomodation yang boleh serve makanan yang bersih, halal dan meyakinkan tanpa perasaan was-was. Tak boleh makan dan minum sembarangan di India ni. Silap hari bulan, trip ke hospital jadinye.

Buat pertama kalinya, saya jatuh sakit masa traveling, sampai terpakse berehat kat hotel separuh hari. Bukan sebab tersalah makan, tapi sebab terlalu berhati-hati memilih makanan. Aiseh !

 Hawa Mahal, Jaipur, Rajasthan


Bermacam-macam pengalaman suka duka ditempuhi sepanjang 8 hari merantau di bumi India. Meeting local people, tasting classic Indian cuisines, riding auto rickshaw and so on. Yang paling tak boleh dilupakan, disoal siasat oleh airport security Kashmir macam penjenayah dek kerana cekedis mamee dan pudding. Apakah ?



InshaAllah, saya akan cuba update blog dengan kadar yang lebih segera. So wait for the full entry cause you don't want to miss the !NCREDIBLE INDIA...

Till then, Assalamualaikum !

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...