Friday 23 May 2014

Trans-Borneo Roadtrip - Day 3 (04112013)



Assalamualaikum, salam sejahtera semua !

Kami bangun awal macam biasa pagi ni. Hari terakhir di bumi barakah Brunei Darussalam. Perjalanan yang panjang penuh liku di hadapan. 656 kilometer, 8 immigresen kaunter, dan perasaan berkecamuk nak balik semenanjung. # Nanges !

Kemas barang, breakfast di cafe hotel dan check out.

Sebelum bertolak, kami singgah sebentar di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.





Stadium ni tak jauh dari D Anggerik Service Apartment. Lebih kurang 1 kilometer je.

Stadium ni sebenarnya multi-purpose, tapi kebanyakan masa digunakan untuk perlawanan bola sepak. Ia dibuka secara rasmi pada 23 september 1983 sempena hari kelahiran Sultan Omar Ali Saifuddien.

Semasa hari pembukaan stadium, ada football match antara pasukan kebangsaan Brunei menentang Sheffield United. Sheffield United menang 1-0. Stadium ni mampu memuatkan hampir 30,000 orang.






Rasa nak baring je atas jalan ni. Bersih sungguh.

Sekejap je kami singgah, tak sampai setengah jam pun. Lepas tu terus bergerak menuju ke Limbang. Malam ni kami akan menumpang teduh di rumah Fuad dan KZ di KK. Esok pagi flight balik ke KL.

Long story short, proses immigresen lancar. Kami sampai ke pekan Lawas. Berhenti sekejap di tebing sungai untuk meninjau keadaan sekitar. Sejujurnya, ni lah kali pertama saya jejakkan kaki ke Bumi Kenyalang. Dan Sarawak merupakan negeri paling akhir yang saya jejaki. Maka secara rasminya, pada usia 27 tahun, saya dan berjaya takhluk (feeling penakhluk pulak !) kesemua negeri-negeri dalam Malaysia. Hehehe !


Sungai Limbang

Pekan Limbang dari kejauhan

Sampan yang kesepian

Pekan Limbang


Sebulan lepas kami pulang dari Trans-Borneo trip ni, gempar berita tentang kemunculan buaya sepanjang 3 meter di pangkalan feri Kuala Lawas. Kusss semangat. Nasib la buaya ni tak muncul masa kami dok sibuk tangkap gambar tepi sungai tadi.

Seterusnya, kami singgah di pekan Sipitang untuk lunch atas saranan Fuad yang mengidam satay siga-siga. Katanya satay siga-siga ni popular kat Sabah.

Best jugak restoren tepi laut ni. Angin kencang, matahari memancar terik.

Pekena bakso jom !









Boleh tahan la sate tu. Kuah kacang die rasa lain sikit dari kuah sate semenanjung. Bakso pun not bad. Kepak ayam tu kami tak try. Sesaje snap gambar. Mungkin korang boleh try kalau samapi ke Sipitang.

Lepas makan, kami ambik masa sekejap relaxing dekat Esplanade Sipitang.








Masa lepak kat esplanade, hujan turun. Bertempiaran lari ke kereta. Kami singgah di masjid Imam Haji Hashim berdekatan pekan Sipitang untuk solat dan berteduh.

Alhamdulillah kami selamat sampai di KK lebih kurang pukul 4.30 petang. So I guess this is the end of the journey. Rasa bersyukur sangat dikurniakan peluang untuk melihat sebuah negera Islam yang sangat islamik, Brunei Darussalam. Kalau diberikan kesempatan, inshaAllah nak repeat trip ke Brunei untuk cover banyak lagi tourist attractions yang tak sempat dilawati.

Saya akhiri entri Trans-Borneo roadtrip ni dengan gambar-gambar signboard di sepanjang jalan Brunei Darussalam. Sehingga berjumpa lagi dalam trip seterusnya. Do come and visit this blog again later ok ! 

Till then, Assalamualaikum !






Thursday 22 May 2014

Trans-Borneo Roadtrip - Day 2 (03112013) : Part 3



Assalamualaikum dan salam sejahtera kalian semua !

Rasa bersyukur sangat disebalik kesibukan tugas harian, masih diberikan kelapangan dan kesempatan untuk terus berkongsi pengalaman hidup dalam blog yang serba kekurangan ni. Tujuan saya hanya satu, supaya dapat menjadi panduan kepada yang berhasrat untuk meneroka bumi Allah yang sangat luas ini.

Lepas pekena kopi Coffee Bean tadi, segar balik badan. Ada satu lagi tourist attraction yang kami nak cover dalam trip pendek di Brunei ni. Sebuah lagi masjid yang terkenal di BSB, tidak kurang cantiknya kalau dibandingkan dengan masjid Sultan Omar Ali Saifuddien. Masjid ni merupakan masjid terbesar di dalam kesultanan Brunei Darussalam.

Masjid Jame' 'Asr Hassanal Bolkiah !




Tuesday 20 May 2014

Trans-Borneo Roadtrip - Day 2 (03112013) : Part 2



Assalamualaikum & salam sejahtera semua !

Terasa sangat tenang dan selamat di Brunei. Cuaca persekitaran sama je macam di Malaysia, but the ambience felt so different. Bersih, teratur, tiada kesesakan lalu-lintas, tiada orang merempat tepi jalan, tiada mat-mat motor merempit buat bising, dan tiada anjing berkeliaran.

Sebuah negara Islam yang ideal.





Bila dah berpeluh sakan, rasa haus pulak. Kami ke Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang terletak berhampiran dengan masjid Sultan Omar Ali Saifuddin.

Dekat sini ade shopping mall, restoren dan pasaraya. Kami singgah untuk berteduh dan makan tengah hari. Kompleks ni kira macam tempat lepak hujung minggu la. Ramai orang datang membeli-belah, spending time with family, bersuka-ria, berdating dan sebagainya. Food court di tingkat atas.







Alhamdulillah, a humble lunch. Kuey teow goreng basah with chicken and egg. Selesai makan, kami kembali ke masjid untuk solat. Tak lama lepas tu, hujan pun turun. Patut la panas terik tadi. Awan dah serap air kat atas muka bumi, sekarang dimuntahnya balik.

# Pengsan la buat teori biologi sendiri. Sungguh tak berasas telahan ini, dush !

Abaikan...

Seterusnya kemana?

Kami ke Bangunan Alat Kebesaran Diraja Brunei atau lebih dikenali sebagai The Royal Regalia Building !




Bangunan yang terletak di Jalan Sultan Omar Ali Saifuddin ni dibina eksklusif untuk Sultan Hassanal Bolkiah. Semua khazanah yang tersimpan di sini, semuanya berkenaan Sultan Hassanal Bolkiah.

Besar jugak muzium ni, banyak galeri. Ada galeri khas menceritakan tentang kehidupan Sultan Hassanal Bolkiah dari kecil, bagaimana dibesarkan, sukan apa yang diminati, pendidikan dari mana sampailah ke majlis perkahwinan baginda. Satu bahagian lain pulak tentang kehidupan baginda Sultan semasa dalam latihan ketenteraan.

Satu galeri ni pulak khas untuk semua jenis hadiah dan penghargaan yang diterima baginda Sultan Hassanal Bolkiah dari tetamu-tetamu kehormat luar negara termasuk pemimpin-pemimpin negara dan raja-raja dari negara asing. Macam-macam bentuk pingat, replika, ukiran dan lukisan ada, semuanya nampak sangat mahal dan berharga.

Galeri lain pulak mengumpulkan barang-barang peribadi milik baginda Sultan seperti mahkota, jubah, alat senjata, kamera dan sebagainya.

Ada satu lagi galeri ni khas untuk memperingati detik bersejarah pertabalan baginda sebagai Yang Di Pertuan Agong Sultan Brunei Darussalam, siap dengan replika kenderaan dan patung-patung manusia yang disusun dalam barisan perarakan. Ada tayangan video sekali.

Malangnya, seperti muzium-muzium lain di Brunei, kamera tak dibenarkan. Hanya boleh tangkap gambar dalam dewan umum masa mula-mula masuk bangunan ni. Semua peralatan yang dipamerkan disini digunakan semasa perarakan pertabalan Sultan Hassanal Bolkiah sebagai Sultan Brunei. Jom !


Dewan umum

Lembing Tembaga dan Taming

Pedang Kerajaan dan Perisai

Meriam

Siling dewan

Pedang dan Perisai

Dian Alam Bernaga : Alat Kebesaran Diraja

Usongan Diraja : kenderaan Sultan Hassanal Bolkiah semasa perarakan

Usongan Diraja

Payung Kawan

Payung Dadu

Payung Berwarna

Payung Berwarna


Dahsyat kan? Setiap alat ada nama khas. Even payung-payung tu pun lain fungsi ikut jenis-jenis nya. 

Owh ya, The Royal Regalia Building ni pun free entrance jugak. Sebelum keluar dari muzium, sempat shopping kat sourvenir shop dalam muzium ni. Sementara tunggu hujan reda. Hasil tangkapan dapat la 5-6 barang sebagai kenang-kenangan. Susah pulak nak cari sourvenir kat Brunei nih.

Seterusnya, kami ke satu lagi masjid yang terkenal di Brunei dan tak kurang cantiknya kalau dibandingkan dengan masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. On the way ke masjid ni, kami singgah di beberapa tempat.

Destinasi pertama yang disinggahi, Istana Nurul Iman, official residence untuk Sultan Brunei. Of course, tak dibenarkan masuk. Sekadar bergambar dari luar pagar. 





Tahukah anda Istana Nurul Iman memegang rekod sebagai istana paling besar di dunia mengalahkan Buckingham Palace di UK, Royal palace of Madrid di Sepanyol, Forbidden City di China dan yang seangkatan dengannya? Guinness World Record ok !

Dalam istana ni, ada 1788 bilik, 257 bilik air, 110 garaj kereta, dan 5 kolam renang.

Istana hanya dibuka kepada umum 2 kali dalam setahun. Masa bulan ramadhan untuk tadarus Al-Quran dan hari raya aidilfitri.

Destinasi kedua yang disinggahi ialah, persiaran damuan. Ni sebenarnya taman rekreasi. Saja singgah berehat sekejap. Sebelah istana je, hehe. Ok, seriusly takde apa-apa kat sini. Korang tak singgah pun takpe, unless nak buang tabiat berjogging kat sini.

Cantik jugak taman ni sebenarnya. Bersih macam tempat-tempat lain di BSB. Sungai Brunei mengalir tenang disisi perisaran damuan. Ramai orang memancing kat sini. Dan boleh nampak kubah emas Istana Nurul Iman dari sini.





Kubah emas Istana Nurul Iman

Kubah emas Istana Nurul Iman


Destinasi terakhir yang kami singgah, The Mall di Gadong, merupakan shopping complex terbesar di Brunei, (agaknya lah). Memang sengal habis datang sini semata-mata nak minum kopi kat Coffee Bean. Tapi seriously besar giler the Mall ni, dan nampak sangat mewah (semua pun nampak mewah kat Brunei ni ye kancil), hehe.




To be continued.... hahahahaha !

# Pening lalat dah banyak hari tak cukup tidur.

Jumpa lagi dalam bahagian ke-3 hari ke-2 Trans-Borneo roadtrip, yakni bahagian terakhir....yay !

Till then, assalamualaikum !


Sunday 18 May 2014

Trans-Borneo Roadtrip - Day 2 (03112013) : Part 1


Assalamualaikum & good day everyone !

Salam ukhuwah kepada yang baru saja mengenali blog ni. Thanks for dropping by. Hope you enjoy reading my blog.

Malam semalam, kami tiba di Bandar Seri Begawan (BSB), ibu negara Brunei Darussalam. Hari ni, kami akan explore BSB to the max (kononnya). Esok, kami akan kembali ke tanah air tencinta. Cepatnya !

Ye, cuti pendek. Sebagai penutup episod kembara 2013. Banyak lagi sebenarnya destinasi pelancongan menarik di Brunei ni. Mungkin second visit? InshaAllah.

Tanpa berlengah lagi, jom ronda-ronda BSB !

Sebelum tu, kita breakfast dulu !



# Restoren di tingkat 2 hotel

# Interior design

# Breakfast set 1

# Breakfast set 2


Alhamdulillah kenyang. Bertenaga nak mulakan pengembaraan hari ni. Breakfast termasuk dalam pakej bilik. So selamat duit makan.

Destinasi pertama kami hari ni, Muzium Brunei. Aiseh, pagi-pagi dah muzium ? Mau tak pening lalat. Layan jela. Sementara otak masih fresh.

Sebelum bertolak tadi kami dapatkan peta Brunei dari reception counter. Direction ikut je dalam peta. Tak susah nak cari semua tempat-tempat pelancongan sekitar BSB ni.




Muzium Brunei terletak di Kota Batu, lebih kurang 5 kilometer dari pusat bandar. Mula dibuka secara rasmi pada tahun 1972. Ada 6 galeri semuanya. Galeri 1-3 di tingkat bawah (ground floor) dan galeri 4-6 di tingkat atas.

Masa ni, tingkat atas masih dalam proses renovation, so tak dibenarkan masuk.

Galeri 1 : Galeri Kesenian Islam (Islamic Art Gallery)
Galeri 2 : Galeri Minyak Dan Gas (Oil And Gas Gallery)
Galeri 3 : Galeri Ilmu Kejadian (Natural History Gallery)

Di tingkat atas :

Galeri 4 : Galeri Tradisi Kebudayaan Brunei (Brunei Traditional Culture Gallery)
Galeri 5 : Galeri Pameran Arkeologi Dan Sejarah Brunei Darussalam (Brunei Darussalam Archeology And History Exhibition)
Galeri 6 : Galeri Kemerdekaan Negara brunei (Brunei Darussalam Independence Gallery)

Muzium Brunei dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang (isnin-jumaat) dan 9.45 pagi hingga 5 petang pada hari sabtu. Free entrance.

Kamera tak dibenarkan masuk. Ade locker untuk simpan beg dan kamera di luar galeri. So layan gambar luar muzium je ok?



Hadiah dari Kerajaan Negeri Sarawak kepada Kerajaan Brunei


Seterusnya, kami ke Muzium Teknologi Melayu yang terletak bersebelahan dengan Muzium Brunei. Muzium ni mula dibuka secara rasmi pada 29 Februari 1988. Kat sini, ada 3 exhibition halls.




# Kambing, ko pun minat sejarah jugak?



Gallery 1 : Water Village Traditional House - Keadaan Kampong Ayer sekitar kurun ke 19 dan 20.

Galeri ni memang di-'design' macam water village yang sebenar supaya pengunjung dapat rasai sendiri keaadaan serta kehidupan masyarakat di water village. 

Ada titian dan jambatan, patung orang tengah mengayuh sampan, orang menjala ikan dan segala macam aktiviti di perkampungan air. Yang takde cuma air laut je, hehe.






Gallery 2 : Water Village Traditional Technology - Industri kecil di Kampong Ayer (Kain tenunan, pembuatan bot dan atap, pertukangan emas & perak dan sebagainya).

Kat sini, kita boleh tengok segala macam jenis produk kraftangan, hasil tenunan, alat musik, dan barangan perhiasan emas dan perak yang dihasilkan oleh penghuni Kampong Ayer.


# Kain tenunan Brunei 1

# Kain tenunan Brunei 2

# Jabah (kiri) & Canang (kanan)


# Menuhur atap





Gallery 3 : Inland Traditional Technology - kehidupan masyarakat pribumi Brunei seperti Kedayan, Murut, Dusun dan Punan (tiada dalam gambar).

Di belakang muzium, ade kawasan rekreasi berhadapan dengan sungai Brunei. Masyuk jugak lepak dekat sini. Matahari memancar terik, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, oh sungguh mendamaikan. Hiks ! Dah pening lalat ni overdose tengok artifek dalam muzium tadi.





Orait, habis dah muzium. Seterusnya, kami ke salah satu landmark terpenting di Brunei, a major tourist attraction yang terletak di pusat bandar, Bandar Seri Begawan.

Sebelum tu, kami singgah sebentar di Dermaga Diraja untuk melihat keadaan di Kampong Ayer. Dermaga Diraja Sebelum ni dikenali sebagai Brunei Waterfront, ditukar namanya secara rasmi pada 1 Januari 2013. 

Ada beberapa peristiwa penting yang berlaku dekat sini. Antaranya pada tahun 1951, Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II berangkat ke tanah suci bagi menunaikan fardu haji melalui Dermaga Kastam Brunei (nama lama Dermaga Diraja).

So, ni dia Dermaga Diraja !






Berhadapan dengan Dermaga Diraja, di seberang laut sana, ada water village terbesar di dunia, Kampong Ayer yang wujud sejak 1300 tahun dulu. Haaa, yang ni memang real. Ade lebih dari 40 kampung dekat Kampong Ayer ni.

Pada tahun 1521, Antonio Pigafetta, seorang pelayar berbangsa Itali menggelar Kampong Ayer sebagai "Venice of the East". Kerajaan Brunei memang berusaha untuk kekalkan perkampungan ni sebagai salah satu 'heritage' yang penting dalam sejarah negara Brunei.

Pelancong berpeluang untuk merasai sendiri kehidupan 30,000 penduduk Kampong Ayer dengan menaiki bot teksi dari Dermaga Brunei. Kami tak pergi pun Kampong Ayer ni. Panas terik. Otak dah menggelegak macam sup gearbox. Boleh kena heat stroke kalau berjemur lama-lama kat sini.

Kalau berkesempatan, korang boleh lunch di Restoren Kaizen Sushi yang sangat famous berdekatan dengan Dermaga Diraja.


Kampong Ayer

Bot teksi


Finally, highlight untuk trip kali ni >>>>>>  Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin.

Pernah dengar? Masjid berkubah emas dan diiktiraf sebagai antara masjid tercantik di Asia Pasifik.

Layan gambar dulu. Cuba serap aura kubah emas yang sangat majestic ni.









SubhanAllah, awesome kan? Terkesima masa mula-mula nampak kubah tu. Hebat sungguh arkitek yang design masjid ni. Hybrid antara mughal dan Italian style. Siap dibina pada tahun 1958, masjid Sultan Omar Ali Saifuddin menjadi simbolik ketinggian teknologi binaan moden Islam.

Kubah masjid disaluti emas tulen, dinding dan lantai masjid dibina daripada batu marmar Itali dan granite dari Shanghai, dihiasi crystal chandelier dari England dan karpet mewah dari Arab Saudi. Sounds extravagant? Memang pun. Kos pembinaan dianggarkan mencecah 5 juta USD.

Berketinggian 52 meter, kubah emas masjid boleh dilihat dari mana-mana sudut bandar BSB. Minaret tertinggi masjid ni ada elevator. Pelancong boleh naik keatas untuk meninjau pemandangan di sekitar BSB.


# Minaret paling tinggi




Interior masjid pun boleh tahan menarik jugak. Nampak mewah dan elegent. Too bad kamera tak dibenarkan di dalam masjid. Macam masjid-masjid di Malaysia jugak, tourist dibenarkan masuk, cuma yang perempuan kena tutup litup la (jubah disediakan).

Saya berhenti kat sini dulu. Wabak malas tengah menular di seluruh pelusuk tubuh. Kalau macam ni, ntah bila la boleh siapkan entri-entri tertunggak yang lain. haiyya !

Jumpa lagi dalam entri berikutnya.

Assalamualaikum !

Have a good productive day !

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...