Wednesday 20 December 2017

Men's Watch : Time Is What You Make Of It


Assalamualaikum & Salam Sejahtera pembaca budiman sekalian.


Saya nak rehat sekejap dari update travelog boleh? Nak cerita sikit pasal jam. Saya pasti antara perkara berguna yang anda semua belajar semasa travel adalah kepentingan menepati waktu. Ambil ringan soal ketepatan masa boleh mengakibatkan malapetaka (gituh), seperti terlepas flight, train dan bas serta terpaksa menanggung kerugian dari segi kewangan. Bajet ciput asalnya boleh berganda-ganda (hangus duit shopping korang kan? hihi). Sebab tu kalau saya yang in charge itinerary sampai 24 muka surat mencatat segala maklumat waktu dan tempat secara terperinci (#matilanak :p).

Anyway, I hope you guys find this short and sweet sharing useful. Enjoyz !



---------- xxxxx ----------


" Time is what we want most, but what we use worst "

^ William Penn (1644-1718) ^




Setiap lelaki inginkan jam tangan (best watch) yang hebat, umpama wanita yang sentiasa mengidamkan beg tangan eksklusif. Namun, tidak seperti kaum wanita yang mempunyai pelbagai jenis aksesori untuk digayakan bersama pakaian, variasi aksesori lelaki adalah terhad. Oleh itu, jam tangan menjadi pilihan utama bagi kaum lelaki untuk tampil lebih bergaya dan berkeyakinan.

Sama ada anda seorang lelaki yang ingin mendapatkan tips untuk membeli jam tangan atau seorang wanita yang sedang mencari jam tangan untuk dihadiahkan kepada yang teristimewa, saya akan kongsikan beberapa tips penting bagi memudahkan anda untuk memilih jam tangan moden lelaki yang sesuai mengikut citarasa anda.




Pertama, pastikan anda tahu jenis-jenis jam tangan terkini yang berada di pasaran. Adakah anda mencari jam tangan automatik atau manual, formal ataupun sport? Bagi lelaki yang mahukan jam tangan formal untuk urusan kerja, terutamanya mereka yang menceburi bidang perniagaan, jam tangan bertali kulit asli seperti Daniel Wellington membolehkan anda untuk tampil lebih profesional dan kemas. Jam tangan automatik pula lazimnya lebih mudah untuk dikendalikan dan dipakai serta lebih tahan lama.




Bagi yang aktif bersukan serta gemarkan aktiviti-aktiviti fizikal yang lasak, saya syorkan jam tangan tahan lasak seperti G-Shock yang tampak maskulin. Jam tangan pintar seperti Fitbit pula mampu mengukur daya ketahanan serta mengira kalori makanan harian, sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan kecergasan. Yang lebih penting, ia sangat bergaya serta sesuai untuk digunakan pada bila-bila masa, tak kira dimana jua anda berada.

Akhir sekali, jangan lupa untuk mengukur saiz lilit pergelangan tangan anda sebelum membeli jam tangan kerana ada tali jam tangan yang  tidak boleh dilaraskan selepas dibeli. Jangan sampai tersalah saiz pula.




Diharapkan perkongsian ini dapat membantu kalian semua dalam membuat pilihan yang tepat. Klik link ini >>> best watch untuk melihat koleksi jam tangan lelaki moden yang eksklusif dan bergaya.


---------- xxxxx ----------


So amacam? Dah jumpa jam tangan yang didambakan? Kalau belum sila lah klik link kat atas tu. Lepas ni boleh la travel dengan penuh bergaya. Atas puncak gunung, dalam laut mahupun atas awan, anda lah yang paling segak, tak gitu? hehe.

Till we meet again.

Adios !!!!





No comments:

Post a Comment

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...